Labuan

3 pejawat awam direman, guna kedudukan lantik syarikat milik keluarga

- Diterbit 23 Januari 2024 2:22 PM MYT

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan telah menahan reman tiga penjawat awam di sebuah jabatan kerana menggunakan kedudukan bagi melantik sebuah syarikat milik ahli keluarga membabitkan kerja pembekalan alatan sukan dianggarkan bernilai RM80,000.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 24 Januari terhadap ketiga-tiga suspek berusia 40-an telah dikeluarkan oleh Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad selepas permohon dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Labuan, hari ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek telah menggunakan kedudukan dan jawatan apabila melantik dua syarikat iaitu salah satunya milik isteri.

Manakala salah satu lagi milik adik kandung salah seorang daripada mereka bagi kerja-kerja pembekalan alatan sukan dengan kontrak dianggarkan berjumlah RM80,000.

“Siasatan awal mendapati kontrak ini membabitkan kerja-kerja pembekalan alatan sukan untuk sekolah-sekolah di Labuan sekitar tahun 2018 hingga 2021.

“Ketiga-tiga suspek telah ditahan sekitar jam 7 hingga 8 malam semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Labuang dibagi direkodkan keterangan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi telah mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,”katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas