MAIWP agih bantuan khas Aidiladha bernilai lebih RM3 juta kepada 6,197 asnaf di Labuan.
MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan mengagihkan Bantuan Insentif Khas Aidiladha membabitkan peruntukan lebih RM3 juta kepada 6,197 asnaf sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
MAIWP Labuan dalam satu kenyataan memaklumkan, agihan bantuan itu merupakan kesinambungan pihaknya dalam membantu golongan asnaf sempena sambutan Hari Raya Aidilladha yang bakal tiba.
Katanya, MAIWP telah memperuntukan sejumlah lebih RM16 juta kepada 33,300 asnaf yang terdiri daripada kategori asnaf Fakir, Miskin, Muallaf dan Ar-Riqad di Wilayah Persekutuan.
“Di Labuan, MAIWP akan mengagihkan bantuan tersebut yang membabitkan sejumlah RM3,098.500 kepada 6,197 asnaf bagi membantu golongan tersebut dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha.
“Setiap asnaf akan menerima RM500 yang akan mula dikreditkan di akaun penerima bermula hari ini iaitu 5 Jun 2025,” jelas kenyataan itu, hari ini.
Sehubungan itu, MAIWP berharap dengan bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban para asnaf khususnya di Labuan.- WILAYAHKU.