Berita

25 badan sukan terima bantuan

PARANG ABAI (tengah) bersama wakil kelab sukan yang menerima Bantuan MADANI
- Diterbit 5 Mac 2024 12:19 PM MYT

KIRA-KIRA 25 badan sukan di Labuan menerima Bantuan MADANI yang bertujuan untuk membangun dan menaik taraf sukan di wilayah berkenaan.

Menurut Ryean Shah Sophian yang mewakili Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA), beliau menzahirkan kesyukuran di atas pemberian bantuan yang disalurkan setiap tahun bagi menampung perbelanjaan pengurusan persatuan.

Katanya, meskipun nilai bantuan itu tidak begitu besar namun ianya amat membantu meneruskan pengurusan dan penglibatan persatuan dalam pertandingan yang dianjurkan kelak.

“Saya mewakili LAFA mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) kerana sentiasa mengambil berat terhadap pembangunan dan kemajuan persatuan sukan khususnya di Labuan.

“Dengan bantuan yang diberikan ini, kami akan memanfaatkannya dengan menganjurkan sebarang pertandingan dalam tempoh masa terdekat,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagi Bendahari Persatuan Badminton Labuan, Alizana Eng berkata pihaknya menyambut baik bantuan yang disalurkan pada setiap tahun itu sekali gus memperlihatkan JWP prihatin dengan persatuan sukan di wilayah ini.

Jelasnya, dengan bantuan itu pihaknya dapat menganjurkan pertandingan dan menghantar pasukan mewakili persatuan untuk menyertai pertandingan dan kejohanan di luar Labuan.

“Setiap tahun kami menggunakan bantuan ini untuk menampung perbelanjaan pasukan bagi mengikuti pelbagai pertandingan di luar dan pada tahun ini kami juga akan menganjurkan kejohanan badminton secara terbuka.

“Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan atas bantuan ini dan kami juga berharap bantuan ini dengan peruntukan yang lebih daripada sebelum ini pada masa akan datang demi kemajuan sukan di Wilayah Persekutuan khususnya di Labuan,” katanya.

Terdahulu majlis penyampaian bantuan itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Ekonomi) JWP, Datuk Parang Abai @ Thomas baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pengawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail dan Pengarah Eksekutif MSWP, Nik Ahmad Zahiruddin Nik Salleh. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas