KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti 121 buah sekolah padat di tujuh buah negeri yang akan dibina bilik darjah tambahan baharu untuk aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
KPM memaklumkan, selain biik darjah, ia juga termasuk kemudahan infrastruktur serta kelengkapan seperti peralatan pengajaran dan perabot. Kos keseluruhan projek adalah berjumlah RM88 juta.
“Pembinaan bilik darjah tambahan baharu menggunakan kaedah Industrial Building System (IBS) dan kemudahan-kemudahan lain sebagai penyelesaian jangka pendek dan efektif di sekolah yang berkepadatan tinggi.
“Kaedah IBS dan lukisan Pre Approved Plan (PAP) dapat memastikan tempoh pembinaan yang singkat dan siap pada tahun semasa,” kata KPM dalam kenyataan.
Tambahnya, KPM sentiasa berusaha menangani isu sekolah padat di seluruh negara dan menyediakan akses Pendidikan yang kondusif untuk semua murid, guru dan warga sekolah.
“Pecahan sekolah terlibat mengikut negeri adalah 1 di Kuala Lumpur; 103 di Selangor diikuti 8 di Perak; 4 Pahang; 3 Negeri Sembilan (3); 1 Terengganu dan 1 Pulau Pinang.Projek akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR),” jelas kenyataan itu.
Terdahulu, Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Bagi Projek Naik
Taraf Sekolah Berkepadatan Tinggi disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Khamis. – WILAYAHKU