Berita

1200 pek Bubur Lambuk Tok Dan diagih kepada warga Putrajaya

Presint 3
- Diterbit 13 April 2022 3:30 PM MYT

BAGI mengimarahkan bulan Ramadan, isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Shamsiah Md. Yassin, mengagihkan sebanyak 1200 pek bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Bazar Ramadan Putrajaya, Presint 3, hari ini.

Agihan Bubur Lambuk Tok Dan sempena nama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ini mendapat kerjasama Perbadanan Putrajaya, Pulse Grande Hotel dan pasukan yang dibawakan khas dari Perlis.

DATIN Seri Shamsiah turun padang bersama pasukannya memasak bubur lambuk di tapak Bazar Ramadan, Presint 3, Putrajaya.

Menurut Shamsiah sebanyak empat buah periuk bubur lambuk dimasak yang menghasilkan 1200 pek sebelum diberikan percuma kepada penduduk sekitar.

“Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menganjurkan program ini. Diharap sumbangan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin selama ini bersama warga Putrajaya.

“Tanpa sokongan mereka, agak sukar untuk acara ini berlangsung. Semoga Allah SWT membalas i ganjaran kepada mereka yang melakukan amal kebaikan ini,” katanya.

SHAMSIAH bersama Pengurus Besar Wilayahku, Azlan Abdul Aziz.

Rata-rata pengunjung kelihatan gembira dan berterima kasih kepada Shamsiah yang sanggup turun padang memasak sendiri Bubur Lambuk Tok Dan dan mengagihkannya kepada pengunjung di situ.

“Alhamdulillah, Dapat juga bubur lambuk hari ini. Terima kasih kepada Datin Seri Shamsiah kerana sanggup berpanas demi mengagihkan bubur lambuk kepada kami semua,” luah pengunjung yang dikenali sebagai Zira.

ZIRA seronok menerima Bubur Lambuk Tok Dan daripada isteri Menteri Wilayah Persekutuan.

Seorang bapa kepada dua orang anak iaitu Izad pula menganggap program ini salah satu cara yang boleh merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat.

PENGUNJUNG bazar Ramadan, Ika berharap program seperti ini akan diteruskan hingga akhir Ramadan.

Manakala penduduk Putrajaya yang dikenali sebagai Ika juga berharap program seperti ini akan diteruskan sehingga ke akhir Ramadan memandangkan bubur lambuk juadah yang digemari ramai.

IZAD Dan keluarga antara pengunjung Bazar Ramadan yang menerima Bubur Lambuk Tok Dan.

Terdahulu, Shamsiah bersama pasukannya mengacau bubur lambuk bermula pukul 12.30 tengah hari di tapak Bazar Ramadan sebelum diagihkan kepada pengunjung.

SHAMSIAH mengagihkan Bubur Lambuk Tok Dan kepada para pengunjung bazar Ramadan.

Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat Perbadanan Putrajaya, Datuk TPr Fadlun Mak Ujud, Pengurus Besar Pulse Grande Hotel, Wan Mohd Azhar Wan Ahmad Shuky,  Eksekutif Sous Chef, Hairy Ismail A. Rahman, Sous Chef, Hasna Erdawaty dan Pengurus Besar Wilayahku, Azlan Abdul Aziz. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas