Berita

12 pasukan PDRM pemantau sop PKPP menjelang tahun baru

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali
- Diterbit 30 Disember 2020 6:51 AM MYT

DUA belas pasukan PDRM bakal dikerahkan bagi memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) menjelang Malam Tahun Baru di Labuan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, sebanyak 249 pasukan pemantau akan dikerahkan diseluruh Sabah dan di Labuan sebanyak 12 pasukan bakal dikerahkan bagi memastikan orang awam sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan ketika menjelang Malam Tahun Baru.

” Tiada pesta secara berkumpulan dan menjauhkan diri dari pesta yang melibatkan minuman beralkohol.

Beliau berkata sedemikan kepada pemberita di Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, pada Isnin .

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mengadakan sebarang pesta untuk merayakan Malam Tahun Baru.

” Tidak perlu berpesta dan berlari ke laut untuk merayakan Malam Tahun Baru. Duduklah di rumah masing-masing dan tontonlah television sepanjang malam. Kita harus ingat bahawa pandemik COVID-19 masih belum selesai lagi.

” Mereka yang didapati melanggar SOP oleh pasukan pemantau akan kita keluarkan kompaun kepada mereka dengan segera,” katanya. – KHAIRUL IDIN – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas