Berita

117 mangsa dipindahkan, dua PPS dibuka di Klang

- Diterbit 29 November 2024 12:00 PM MYT

SEBANYAK 117 orang daripada 29 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Klang selepas hujan lebat sejak semalam, menyebabkan kawasan kediaman mereka dilanda banjir.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata PPS Balai MPKK Bukit Kapar yang dibuka pada 8 malam tadi, menempatkan 21 mangsa.

“PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai yang mula beroperasi pada pukul 12.15 tengah malam tadi pula menempatkan seramai 96 individu.

“Kedua-dua PPS tersebut menempatkan mereka yang terjejas di sekitar kawasan Kapar dan Meru,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata sebanyak empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Kapar, Bukit Jelutong, Dengkil dan Subang Jaya ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja pemantauan serta operasi banjir. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas