Berita

𝗣𝗣𝗠-𝗣𝗿𝗮𝗺𝘂𝗸𝗮 l𝗮𝗸𝗮𝗿 s𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵, m𝗲𝘁𝗲𝗿𝗮𝗶 𝗠o𝗨 t𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 k𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮

PERSEKUTUAN Pengakap Malaysia (PPM) dan Gerakan Pramuka Indonesia melakar sejarah apabila berjaya memeterai memorandum persefahaman (MOU) yang menekankan usaha peningkatan tadbir urus organisasi.
- Diterbit 24 Disember 2024 9:27 PM MYT

PERSEKUTUAN Pengakap Malaysia (PPM) dan Gerakan Pramuka Indonesia melakar sejarah apabila berjaya memeterai memorandum persefahaman (MOU) yang menekankan usaha peningkatan tadbir urus organisasi.

Dalam satu kenyataan, PPM memaklumkan MoU tersebut akan dapat membantu kedua-dua organisasi melalui pertukaran pengalaman dan kepakaran, penganjuran bengkel, serta program pembangunan kapasiti untuk kakitangan profesional.

“Ia juga memberi fokus kepada pemberdayaan belia melalui program pertukaran, bengkel pembangunan kapasiti, dan penganjuran forum belia antara kedua-dua organisasi.

“Selain itu, kerjasama turut merangkumi peningkatan kapasiti pemimpin dewasa melalui latihan dan pertukaran antara pemimpin dan jurulatih dari Malaysia dan Indonesia,”katanya hari ini.

PERSEKUTUAN Pengakap Malaysia (PPM) dan Gerakan Pramuka Indonesia melakar sejarah apabila berjaya memeterai memorandum persefahaman (MOU) yang menekankan usaha peningkatan tadbir urus organisasi.

Jelas kenyataan itu, program khidmat komuniti bersama juga dirancang yang bertujuan meningkatkan kesan pembelajaran dan menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat di kedua-dua negara.

“Aspek solidariti serantau dan antarabangsa turut diberi perhatian melalui aktiviti bersama di peringkat negeri dan daerah, terutamanya kawasan sempadan,”katanya.

Tambah kenyataan itu, Ddengan termeterainya MOU ini, hubungan erat antara Persekutuan Pengakap Malaysia dan Gerakan Pramuka Indonesia dijangka terus memberi manfaat kepada ahli pengakap kedua-dua negara dan menyumbang kepada pembangunan komuniti global.

Terdahulu, MOU itu telah ditandatangani bersempena Jambori Malaysia Ke-14 dan Jambori Keamanan IUMS Ke-8 di sini turut disaksikan oleh delegasi kedua-dua negara serta peserta jambori.

Pada majlis tersebut, Pesuruhjaya Antarabangsa kedua-dua pertubuhan pengakap kebangsaan (NSO) iaitu Norma Noordin dan Prof. Dr. Asrorun Ni’am Sholeh telah menandatangan memorandum berkenaan.

Majlis tersebut disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya PPM, Nasaruddin Shamsuddin dan Setiausaha Agung Gerakan Pramuka Indonesia, Major General (Ret.) Dr. Bachtiar.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas