PM umum Pakej Kesejahteraan Keluarga Malaysia Kuala Lumpur sempena ulang tahun ke-50 KL
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Pakej Kesejahteraan Keluarga Malaysia Kuala Lumpur (PKKMKL) bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Bandar Raya Kuala Lumpur.
Bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Bandar Raya Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Pakej Kesejahteraan Keluarga Malaysia Kuala Lumpur (PKKMKL).
Pakej itu merangkumi dua perkara utama, iaitu usaha meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang pantas secara dalam talian, dan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kualiti hidup warga kota
Bagi menjamin kehidupan yang sihat, DBKL menyediakan laluan pejalan kaki, laluan basikal dan jaringan hijau dengan mengutamakan keselesaan dan keselamatan pengguna. Bagi menggerakkan aktiviti ekonomi pula, DBKL menaik taraf gerai penjaja di pusat penjaja yang telah usang termasuk kelompok gerai tepi jalan yang berlesen.
Ismail Sabri berkata DBKL akan membina 5,000 unit council home untuk disewa kepada warga kota dengan keluasan minimum 750 kaki persegi pada kadar sewa berpatutan, selain melaksanakan pembaikan 306 buah lif di 31 lokasi Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam dalam tempoh dua tahun.
Penyampaian perkhidmatan dalam talian
Bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan, DBKL ditetapkan untuk meluluskan lesen premis perniagaan dalam tempoh 24 jam, selain memberikan rebat 10 peratus sepanjang tahun bagi pembayaran fi permohonan sebagai insentif menggalakkan urusan secara dalam talian.
Beliau berkata DBKL kini dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya sifar miskin tegar, supaya warga kota dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa. Pada 1 Februari, Kuala Lumpur genap berusia 50 tahun sebagai bandar raya pertama di Malaysia.