KKM periksa 7,677 premis makanan, 256 diarah tutup sementara
Kementerian Kesihatan (KKM) memeriksa 7,677 premis makanan menerusi penguatkuasaan Akta Makanan 1983 sepanjang Januari, dan 256 premis atau 3.33 peratus diarah tutup sementara di bawah Seksyen 11 akta sama.
Kementerian Kesihatan (KKM) memeriksa 7,677 premis makanan menerusi tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 sepanjang Januari, dan 256 premis atau 3.33 peratus daripadanya dikenakan arahan penutupan sementara di bawah Seksyen 11 akta sama.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan KKM adalah sebagai langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan.
Penutupan di bawah Seksyen 11
Seksyen 11 Akta Makanan 1983 memperuntukkan penutupan serta-merta tidak melebihi 14 hari bagi mana-mana premis menyedia atau menjual makanan yang didapati tidak bersih sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan.
Tindakan penutupan sementara membolehkan premis terbabit melaksanakan kerja pembersihan sebelum dibenarkan beroperasi semula.
Penguatkuasaan kawalan denggi
Dr Muhammad Radzi berkata menerusi penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi dalam tempoh itu, 2,917 tawaran kompaun bernilai RM1.45 juta telah dikeluarkan, dengan purata RM500 setiap kompaun.
Beliau berkata sejumlah 431 kes telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah, manakala 75 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM143,350.