Kerajaan usaha kurangkan kadar defisit fiskal kepada 4.3 peratus
Kerajaan Perpaduan akan berusaha mengurangkan kadar defisit fiskal negara kepada 4.3 peratus pada tahun ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Kerajaan Perpaduan akan berusaha mengurangkan kadar defisit fiskal negara kepada 4.3 peratus pada tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata defisit fiskal berjaya dikurangkan daripada 5.6 peratus pada 2022 kepada lima peratus pada tahun sebelumnya.
Pertumbuhan ekonomi
Beliau berkata Malaysia mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tiga peratus pada suku keempat 2023, walaupun berdepan persekitaran luar yang sangat mencabar pada tahun itu.
Tiga asas ekonomi
Fahmi berkata bagi memastikan negara berada dalam landasan ekonomi yang tepat, tiga asas ekonomi perlu diutamakan, iaitu pelaburan, peluang pekerjaan serta inflasi atau harga barang yang terkawal.
Menurutnya, pelaburan perlu diutamakan, peluang pekerjaan baharu perlu diberi fokus, dan harga barang hendaklah terkawal bagi menyokong kedudukan ekonomi negara.