Utama

Zara Zakiah Education wakil rasmi, bawa pelajar ke Institut Pertanian Bogor Indonesia

Indonesia
- Diterbit 18 Mac 2023 4:28 AM MYT

PROGRAM penghantaran pelajar tempatan ke luar negara melalui seliaan Zara Zakiah Educatioan Sdn Bhd akan diteruskan seperti tahun-tahun sebelumnya dengan mensasarkan 200 pelajar pelbagai bidang pada tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Annawi Shamsudin memberitahu, pihaknya telah bersedia menerima permohonan pelajar dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Permohonan memang terbuka sepanjang tahun khususnya dalam bidang profesional termasuk mengikuti pengajian perubatan, pergigian, veterinar, farmasi dan pengajian Islam.

“Para pelajar akan ditempatkan di beberapa Pusat Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang diiktiraf iaitu di Rusia, Indonesia, Bangladesh dan Mesir.

“Pihak Zara Zakiah akan menguruskan pelajar dari segi semua aspek termasuk pengurusan pendaftaran, penginapan, pengangkutan dan sebagainya.

“Seterusnya, pihak Zara Zakiah juga bekerjasama dengan beberapa pihak bank untuk urusan pinjaman pendidikan.

“Dalam tempoh terdekat ini pula iaitu sebelum bulan April, kami mengalu-alukan pelajar yang berminat menyambung pengajian peringkat ijazah veterinar atau doktor haiwan di Institut Pertanian Bogor (IPB) Universiti, Indonesia.

“Usahasama dengan pihak IPB telah terjalin sejak lima tahun lalu melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh wakil kedua-dua belah pihak.

“Zara Zakiah Education merupakan wakil rasmi di negara ini yang dilantik untuk mengurus pelajar ke sana. Buat masa ini seramai 30 pelajar jurusan veterinar sedang mengikuti pengajian,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

REKTOR Institut Pertanian Bogor,Indonesia, Prof Dr. Arif Satria (berdiri di tengah berbaju coklat) bersama-sama para pensyarah IPB dan sebilangan pelajar Malaysia (duduk di barisan hadapan) yang sedang mengikuti pengajian di sana

Annawi menambah, Fakulti Perubatan Veterinar di IPB merupakan universiti IPTA yang diiktiraf oleh Malaysian Veterinary Council (MVC) dan merupakan antara universiti yang terbaik di Indonesia.

“Sepanjang sejarahnya, Fakulti Perubatan Veterinar di IPB telah menonjol sebagai pemangkin beberapa dasar strategik dalam bidang haiwan dan sains haiwan di negara tersebut. Institut ini juga mempunyai kolaborasi di peringkat antarabangsa termasuk dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Pelajar yang berminat terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), matrikulasi, diploma dan asasi boleh memohon. Syarat minimum B untuk semua subjek aliran sains tulen dan PNGK 2.5 ke atas dialu-alukan untuk mendaftar dengan syarat yang ditetapkan.

“Bagi pelajar matrikulasi dan asasi digalakkan membuat permohonan awal dengan menggunakan keputusan semester pertama bagi mengelakkan pendaftaran dalam talian IPB ditutup.

“Tambahan pula pihak UPM dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hanya menyediakan 140 tempat sahaja bagi program veterinar di IPTA dalam negara. Justeru elakkan terlepas peluang keemas an untuk menyambung pengajian.

“Istimewanya IPB kerana ia mempunyai sebuah hospital haiwan untuk tujuan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang cemerlang, berkelas dunia dan antara universiti terbaik di Asia Tenggara,” katanya.

SEBILANGAN pelajar-pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Institut Pertanian Bogor Indonesia melalui seliaan Zara Zakiah Education.

Menurutnya lagi, lepasan IPB mempunyai kebolehpasaran graduan yang berkualiti dan berbaloi dengan yuran pengajian berpatutan iaitu sebanyak RM142,000 bagi mengikuti tempoh pengajian selama empat tahun bergantung kepada nilai tukaran semasa.

“Pelajar tempatan yang menyambung ke sana juga akan dipantau pengajian, kemudahan hospitaliti serta kemudahan lain yang diperlukan dan lebih menarik budaya dan bahasa juga serumpun,

“Justeru, mereka akan lebih mudah menyesuaikan diri dalam tempoh masa yang singkat. Tambahan pula berdasarkan pengalaman Zara Zakiah Education menghantar pelajar ke lain- lain negara adalah kelebihan kepada kami untuk menyantuni mereka ke IPB, Indonesia,” ujarnya.

KETUA Pegawai Eksekutif Zara Zakiah Education Sdn Bhd , Mohammad Anwar Shamsudin (empat dari kiri) dan Wakil Rektor Bidang Pendidikan dan Kemahasiswaan Institut Pertanian Bogor, Indonesia, Prof. Dr. Ir. Drajat Martianto. M.Si (empat dari kanan) bersama-sama pegawai-pegawai daripada kedua dua belah pihak.

Bagi keterangan lanjut hubungi wakil Zara Zakiah Education
Website: https://www.zarazakiah.com.my/

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas