YWP terima kunjungan PL
ABDUL Rahman (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Rithuan (kiri) dalam kunjungan hormat baru-baru ini.

YWP terima kunjungan PL

YAYASAN Wilayah Persekutuan (YWP) menerima kunjungan hormat dari Perbadanan Labuan (PL), baru-baru ini.

Delegasi PL yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rithuan Mohd Ismail bertujuan memperkukuhkan kerjasama di antara kedua-dua agensi itu untuk kesejahteraan warga Labuan.

Pertemuan selama satu jam itu, turut membincangkan pelaksanaan inisiatif meliputi pendidikan, ekonomi, agama, sosial dan teknologi.

Terdahulu, ketibaan delegasi PL disambut oleh Pengarah Eksekutif YWP, Abdul Rahman Siraj. -WILAYAHKU

Share This