Berita

YWP peruntuk RM1.5 juta untuk pelajar tahfiz, agama, persendirian Cina

KHALID (tengah) bersama wakil pusat tahfiz, sekolah agama swasta dan sekolah persendirian Cina selepas menyampaikan bantuan dari Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) di sini hari ini.
- Diterbit 15 Julai 2019 10:28 AM MYT

YWP peruntuk RM1.5 juta untuk pelajar tahfiz, agama, persendirian Cina

KUALA LUMPUR – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta kepada pusat tahfiz, sekolah agama dan sekolah persendirian Cina bagi memastikan institusi pendidikan di Wilayah Persekutuan terus diperkasa sekali gus mengurangkan keciciran pelajar.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad berkata, pihaknya berharap agar pihak sekolah dapat menggunakan bantuan yang diberikan dengan sebaiknya.

“Kita mahu pelajar terus bersemangat untuk hadir ke sekolah dan dapat meningkatkan prestasi mereka,” katanya selepas menyerahkan sumbangan dari YWP di sini hari ini.

Terdahulu, 50 buah sekolah agama dan pusat tahfiz berserta empat sekolah persendirian Cina menerima bantuan berkenaan. – WILAYAHKU

KHALID (tengah) bersama wakil pusat tahfiz, sekolah agama swasta dan sekolah persendirian Cina selepas menyampaikan bantuan dari Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) di sini hari ini.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas