Berita

YWP buka dua kaunter di PA Seri Kota

PEMOHON boleh hadir ke kaunter pertanyaan di Yayasan Wilayah Persekutuan bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan skim yang ditawarkan.
- Diterbit 27 November 2021 2:00 AM MYT

PANDEMIK COVID-19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu telah memberi kesan serta menjejaskan ramai orang. Demi menyantuni serta memudahkan masyarakat setempat, Yayasan Wilayah P e r s e k u t u a n (YWP) akan membuka dua kaunter perkhidmatan di
Perumahan Awam (PA) Seri Kota menerusi Program Warga Projek Perumahan Rakyat (PPR)/PA Dekat Di Hati.

Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainun berkata, dua kaunter tersebut adalah Skim Prihatin
Wilayah Persekutuan serta Skim Bantuan Awal (SBA) dan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi (SBPT).

“Skim Prihatin Wilayah Persekutuan akan dibuka kepada ahli yang telah berdaftar untuk memperbaharui keahlian mereka bagi tahun
2022.

“Sejak skim ini diperkenalkan pada tahun 2012, seramai 52,000 orang telah berdaftar dan untuk program kali ini kita tidak menetapkan sebarang sasaran memandangkan ini hanya tertumpu kepada penduduk sekitar sahaja,” katanya kepada Wilayahku.

Menurutnya, SBA dan SBPT turut dibuka untuk semakan status serta penerangan berkaitan skim bantuan diberikan kepada penduduk setempat.

“Skim SBA diberikan bagi meringankan beban pelajar yang perlu membuat persediaan dan bayaran awal untuk memasuki IPT.

“Kadar pemberian sumbangan di dalam negara bernilai RM500 (Diploma), RM1,000 (Ijazah Sarjana Muda), RM1,500 (Ijazah Sarjana) dan RM2,000 di peringkat Ijazah Falsafah Kedoktoran (PhD) dengan syarat telah melanjutkan pengajian selama tempoh satu tahun di mana-mana IPTA atau IPTS serta permohonan dibuka sepanjang tahun,” tambahnya.

Katanya, bagi pengajian luar negara pula pelajar Ijazah Pertama akan mendapat RM3,000, Sarjana RM4,000 dan Ijazah Falsafah Kedoktoran seban yak RM5,000.

Jelasnya lagi, SBPT pula pembiayaan bagi tempoh keseluruhan pengajian untuk anak Wilayah Persekutuan, mendapat sekurang- kurang nya 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan serta minimum CGPA 3.30.

Tambahnya, kaunter tersebut turut dibuka kepada orang ramai dan bagi warga kota yang ingin mendapat kan perkhidmatan ini, boleh
mencetak borang-borang berkaitan atau melengkapkan butiran maklumat dari laman web YWP terlebih dahulu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas