Selebriti

“Yang penting tak ada orang ketiga”- Ashira dan Bad Indigo umum cerai

- Diterbit 23 Jun 2022 10:22 AM MYT

PASANGAN artis popular, Badrul Izhan Yeop Abdullah atau Bad Indigo dan isteri, Ashira Aziz kini sah bercerai.

Kedua-dua bekas pasangan itu telah membuat pengumuman menerusi Instagram sebentar tadi.

“Atas persetujuan bersama, kami telah sah berpisah. Tapi tetap berkawan kerana kami mahu bersahabat sampai bila-bila.

“Kami nak beritahu, sebab banyak cerita-cerita yang tak betul. Kami tetap baik, tak ada masalah.

“Yang penting tak ada orang ketiga, keempat.

“Kami nak beritahu dahulu sebelum keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita tak betul di luar sana. Harap video ini jelas, tiada masalah antara kami, kalau ada masalah saya tiada dalam kereta ini,” katanya.

Pada masa yang sama Bad juga memberitahu bahawa mereka berdua terpaksa merahsiakan punca perceraian.

“Sebab kami tak boleh cerita. Apa-apa yang berlaku dalam perkahwinan adalah aib.
“Yang mendedahkan adalah dosa. Hanya Allah sahaja yang tahu,” ujarnya. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas