Berita

YADIM, SK Cochrane pupuk pelajar santuni warga emas

PEGAWAI YADIM dan guru-guru SK Cochrane bersama-sama mengacau dodol pada Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di sekolah berkenaan baru-baru ini.
PEGAWAI YADIM dan guru-guru SK Cochrane bersama-sama mengacau dodol pada Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di sekolah berkenaan baru-baru ini.
- Diterbit 19 Julai 2019 1:42 AM MYT

BAKTI. Sebagai salah satu usaha menyokong Dasar Warga Emas Negara (DWEN), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru-baru ini telah menyantuni 20 warga emas pada Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di Sekolah Kebangsaan (SK) Cochrane, Kuala Lumpur.

Menerusi RIMUP, para pelajar dilatih untuk sentiasa menghargai dan menyantuni warga emas dalam kalangan masyarakat di komuniti mereka.

Pada majlis itu Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Ar-Rahmah YADIM, Shahrizal Mat telah menyampaikan bantuan kepada warga emas tersebut.

Guru Besar sekolah berkenaan, Siti Haida Mansor berkata, mereka yang disantuni merupakan penjaga kepada para pelajar di sekolah berkenaan.

“Kami hargai peranan YADIM yang berusaha mengadakan program seperti ini di SK Cochrane. Sememangnya kami berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memperbanyakkan program yang memberi impak kepada sekolah,’’ katanya.

Hadir sama Penyelaras YADIM Wilayah Persekutuan, Mohd. Firdaus Mohd. Rusli.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas