Berita

WHO puji keupayaan Malaysia tangani Covid-19

Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus - Foto Reuters
- Diterbit 18 Februari 2020 9:28 AM MYT

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memuji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani jangkitan Covid-19 dan memandang tinggi kesihatan awam.

Perkara itu dinyatakan Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu telesidang petang ini dengan Kementerian Kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihak WHO mencadangkan agar Malaysia memperkukuhkan aktiviti influenza survelan dengan menjalankan ujian Covid-19 kepada pesakit severe acute respiratory infection (SARI).

“Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kepada pihak WHO bahawa KKM telah perluaskan survelan jangkitan salur pernafasan dengan menjalankan ujian Covid-19.

“KKM akan terus bekerjasama dengan WHO dan pihak-pihak yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas