Selera

Western Food dalam dulang di Big Bear Station sangat berbaloi

HIDANGAN Western Food dalam dulang sangat berbaloi. Sedap dan jimat!
- Diterbit 22 Disember 2020 10:34 PM MYT

KEBIASAANNYA kalau sebuah keluarga datang makan di restoran makanan barat atau western pasti susah mahu pilih menu. 

Ada yang hendak makan spaghetti dan seorang lagi pula nak makan lamb chop. Kalau tidak mahu makanan yang berat, kentang dan Coleslow menjadi pilihan.

Akhirnya banyak menu yang perlu dipesan dalam satu masa dengan harga berlainan atau ala carte. Rugi bukan? 

SET dulang Papa Grizzly Set dan Baby Grizzly Set. Sesuai untuk seisi keluarga.

Mengapa perlu pesan menu berasingan sedangkan Restoran Big Bear Station menyediakan semua itu dalam satu dulang sahaja? Harga pun lebih murah dan berbaloi, sedap pula tu.

Di Big Bear Station yang sinonim dengan tema ‘Beruang Meraung’,  anda boleh memilih set hidangan western dalam dulang iaitu Papa Grizzly Set untuk empat hingga enam orang makan dengan harga RM48. 

Dalam dulang tersebut, anda boleh menikmati Lamb Grill, Chicken Grill, Chicken Wing serta Terderloin yang bertekstur lembut dan enak dimakan. Bukan itu sahaja, dalam dulang yang sama turut dilengkapi dengan Spagehtti, Coleslaw, Cheezy Wedges, French Fries dan sayur-sayuran segar. 

Jika ingin makan hidangan yang sama untuk empat orang, anda boleh memilih Baby Grizzly Set dengan harga hanya RM26. 

Pemilihan dua set hidangan dulang ini pastinya membuatkan anda puas, kenyang, jimat dan sangat berbaloi seolah-olah anda berada di restoran makanan barat yang mewah dan mahal harganya. 

Dalam dulang, anda boleh menikmati Lamb Grill, Chicken Grill, Chicken Wing serta Terderloin yang bertekstur lembut, Spagehtti, Coleslaw, Cheezy Wedges, French Fries dan sayur-sayuran segar.

Menurut pemilik Mohamad Zaidi Yatim,40, atau lebih mesra dipanggil Eddy, set western dalam dulang ini menjadi tarikan utama Big Bear Station memandangkan harganya lebih berbaloi dan kualiti pada makanan itu sendiri.

“Sebelum ini saya dan rakan kongsi hanya membuka gerai di tepi jalan. Ketika itu kami sudah menjual makanan western tetapi hanya lima menu sahaja. Alhamdulillah, atas sokongan para pelanggan setia, akhirnya kami berjaya membuka restoran. 

DULU gerai, kini restoran. Zaidi mahukan yang terbaik buat semua pelanggan Big Bear Station

“Kini lebih 30 menu disediakan atas permintaan pelanggan. Kami bersyukur set dulang mendapat sambutan yang menggalakkan. Baik yang datang restoran atau pesan secara dalam talian, kebanyakan mereka memilih set dulang.

“Ini kerana, set ini lebih jimat dan boleh dimakan untuk sebuah keluarga selain kualitinya yang tetap sama seperti mana yang mereka mahu. 

“Set dulang ini juga bersesuaian dengan keadaan sekarang di mana ramai yang lebih suka menikmati makanan western di rumah kerana menyahut seruan kerajaan supaya mengurangkan aktiviti luar demi mengekang wabak COVID-19,” jelas Eddy yang mengusahakan restoran ini bersama isteri dan seorang rakan. 

ZAIDI mengusahakan Big Bear Station bersama Isterinya, Sianisah dan rakan baiknya, Zainudin.

Selain set dulang, anda boleh memilih hidangan ala carte seperti aneka jenis Nasi Lemak Beruang Meraung yang dimakan bersama Lamb Grill Big, Lamb Grill Small, Terderloin, Chicken Grill, Chicken Wing atau Mata Beruang.

Spaghetti juga  terdiri daripada empat jenis iaitu Beef Bolognese, Chicken Carbonara, Prawn Aglio Olio dan Grill Lamb Bolognese.

Kepada peminat meat ball, Big Bear Station menawarkan meat ball yang dibuat sendiri menggunakan bahan semula jadi atau homemade. Anda boleh menikmati Classic Meatbal, Special Meatball dan Cheese Meatball yang disediakan bersama wedges. 

VARIASI western food terdapat di Big  Bear Station.

Suasana dalam restoran ini menonjolkan tema warna hitam dan putih dan dekorasinya  nampak kemas serta tidak serabut.

Restoran ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. Waktu operasi pula dari pukul 6.30 petang hingga 12 malam.

NASI Lemak Beruang Meraung yang sedap!
Prawn Aglio Olio yang tiada tandingannya. Sangat lazat!
HIDANGAN meat ball yang anda mesti rasa apabila berkunjung ke Big Bear Station

Big Bear Station

Alamat: G17, Jalan Kajang Perdana 3/1, Taman Kajang Perdana, 43000 Kajang, Selangor. 

Facebook: Big Bear Station 

Instagram: @bigbearstation.

Nombor telefon/ Whatsap: 012-9329775.

Foto: Amin Farij Hassan

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas