Berita

Warga Putrajaya bakal terima barangan asas sempena Bulan Kebangsaan

DATUK Seri Tengku Adnan (kiri) turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Program Keluarga Malaysia Teguh Bersama di Putrajaya hari ini.
- Diterbit 20 Ogos 2022 6:44 AM MYT

BAGI meringankan beban warga Putrajaya terutamayang berpendapatan rendah, sumbangan baranganasas bakal diberikan pada 31 Ogos ini.

Ia merupakan antara program yang telah direncana untuk menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kebangsaan.

Menurut Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sumbangan bantuan yang akan disampaikan  pada 31 Ogos ini adalah bagi membantu penduduk setempat.

“Pada Hari Kemerdekaan nanti, kita akan menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Presint 15, 16, 17 dan 18 manakala penduduk di kawasan lain akan disampaikan pada September kelak.

“Sumbangan berbentuk beras, daging dan minyak untuk membantu meringankan beban mereka yang terkesan,” kata beliau kepada pemberita pada Program Keluarga Malaysia Teguh Bersama di My Farm Outlet, Presint 7, Putrajaya.

Mengulas tentang program yang disusun bagi komuniti Putrajaya, beliau berkata selain penyerahan Jalur Gemilang, kibaran bendera di kawasan perumahan, jalan raya serta kompleks-kompleks kerajaan menunjukkan semangat patriotik dalam kalangan warganya.

Terdahulu, Program Keluarga Malaysia Teguh Bersama diadakan di My Farm Outlet, Presint 7 bermula 8 pagi sehingga 1 tengah hari melibatkan komuniti Putrajaya yang terdiri daripada pelbagai bangsa.  -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas