Berita

Wanita tempatan berusia 57 tahun korban ke-35

- Diterbit 29 Mac 2020 5:29 PM MYT

PUTRAJAYA – Seorang wanita berusia 57 tahun warga tempatan menjadi korban ke-35 jangkitan Covid-19 sebagaimana dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan.

Mangsa yang merupakan kes ke-1,952 positif Covid-19 mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa telah mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020.

“Dia kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.

“Hasil ujian pengesahan Covid-19 telah didapati positif pada 18 Mac 2020.

“Kesihatannya merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 pukul 4 petang.

Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau, kata Dr. Noor Hisham. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas