Berita

Wani Syaz korbankan kegembiraan

- Diterbit 15 Mei 2021 8:00 AM MYT

PELANTUN lagu Pendusta Cinta, Wani Syaz, 23, sedih mengenangkan sepupu rapat tidak berpeluang beraya bersamanya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang tidak membenarkan aktiviti merentas daerah dan negeri.

“Saya beraya di Batu Pahat, Johor bersama keluarga, nenek dan saudara mara. Kami semua tinggal berdekatan.

“Cuma apa yang menyedihkan apabila ramai sepupu saya tinggal di luar Johor, tidak dapat meraikan hari raya bersama-sama kami.

“Memanglah tidak seronok beraya dalam tempoh PKP tapi apa boleh buat, kita semua harus berkorban kegembiraan tersebut demi keselamatan semua. Itulah yang terbaik,” ujar Wani Syaz.
Bagi Wany, masyarakat harus berfikiran positif kerana COVID-19 bukanlah perkara main-main.

“Saya tahu ramai sangat yang tidak berpuas hati apabila tidak dapat beraya di kampung. Tapi apa boleh buat kerana PKP adalah langkah terbaik bagi mengurangkan kes COVID-19.

“Sama-samalah kita berdoa agar pandemik ini segera berakhir dan kita semua boleh hidup seperti dulu semula,” ujarnya lagi. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas