Selebriti

Wani Comel meninggal dunia akibat COVID-19

Allahyarham Wani pernah berkongsi Sijil digital yang menyatakan dirinya telah menerima vaksin lengkap.
- Diterbit 18 Ogos 2021 11:50 PM MYT

GADIS obesiti yang tular sebelum ini iaitu Wani Comel disahkan meninggal dunia pada pukul 9 malam tadi (18 Ogos 2021) akibat jangkitan COVID-19.

Kawan baik Wani iaitu Putri Nur Rabiatul Nabihah juga meninggal dunia pada hari yang sama pada pukul 4.40 pagi semalam akibat jangkitan yang sama.

Menerusi instagram @wanicomel20, ibu bapa kepada Rabiatul memohon agar warganet mendoakan kebahagiaan kedua-duanya di alam sana.

“Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9pm tarikh 18 Ogos 2021.

“Wani pergi dihari yang sama anak saya meninggal.Mereka berdua meninggal disahkan COVID-19. Allahuakbar Allahuakbar.

“Sayu hati saya dua insan yang saya sayangi telah pergi di hari yang sama.

“Saya mohon pada semua rakan rakan sedekahkan AlFatihah utk Wani Comel dan Putri Nur Rabiatul Nabihah,” tulisnya.

Difahamkan Wani juga telah menerima vaksin lengkap kira-kira seminggu lalu.

MENERUSI instagram, Allahyarham Wani pernah berkongsi Sijil digital yang menyatakan dirinya telah menerima vaksin lengkap.

Sebelum ini kisah Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim,24, pernah tular apabila dikaitkan dengan isu dakwaan dirinya ditipu oleh usahawan kosmetik terkenal.

Wani dan pihaknya juga pernah mengadakan sidang media berhubung perkara itu pada tahun lalu.

Sama-sama kita doakan agar roh mereka ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas