Berita

Wan Ahmad Uzir dilantik TKSu KWP

- Diterbit 6 Disember 2019 11:13 AM MYT

TAHNIAH. Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (TKSu) (Pengurusan dan Sosio­ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang baharu berkuat kuasa pada 4 Di­sember 2019.

Beliau mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas penyandangnya, Datuk Rosida Jaafar dilantik sebagai Ketua Setiausaha KWP pada 4 November 2019.

Terdahulu, Wan Ahmad Uzir pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kementerian Pengangkutan selama dua tahun dua bulan.

Beliau kemudiannya ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 22 Mei 2018.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas