Berita

Wajib ada surat kebenaran PDRM untuk rentas daerah

PEGAWAI kesihatan memeriksa penduduk Sabah yang memasuki Labuan melalui terminal feri.
- Diterbit 2 Oktober 2020 10:24 AM MYT

PENDUDUK Labuan yang ingin melakukan pergerakan rentas daerah samada laluan laut atau udara ke tanah besar Sabah bagi sebarang urusan peribadi wajib mendapatkan kebenaran bertulis daripada Polis.

Ia susulan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Negeri Sabah yang akan berkuatkuasa mulai pukul 12 malam ini sehingga 16 Oktober 2020.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, bagi perkhidmatan perlu(essential services) seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah di negeri Sabah.

“Walau bagaimanapun pergerakan kategori ini perlu membawa surat pengesahan arahan menjalankan tugas dari majikan masing-masing dan perlu ditunjukkan kepada pihak berkuasa sekiranya diminta berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa tiada sebarang Sekatan Jalan Raya (SJR) dibuat namun anggotanya akan ditugaskan mengawal setiap pintu di Terminal Feri dan Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan.

” Selain itu pihak kami juga akan membuat pemantauan 24 jam di sepanjang pesisir pantai wp labuan bagi mengekang kemasukan warga negara dan juga yang bukan warga negara yang cuba masuk melalui jalan2 tikus bagi mengelakkan diperiksa oleh pihak berkuasa seperti PDRM and Jabatan Kesihatan.

” PDRM Labuan menyeru seluruh masyarakat Labuan bersama-sama mengambil tanggungjawab ini dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan untuk sama-sama kita memutuskan rantaian penularan COVID-19 di WP Labuan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas