Selebriti

Vokalis Samudera, Norazmi meninggal dunia akibat COVID-19

- Diterbit 13 September 2021 1:46 AM MYT

VOKALIS kumpulan Samudera, Norazmi Mohd Abdullah, 48, meninggal dunia akibat COVID-19, di Hospital Sungai Buloh, pada jam 10.12 malam tadi.

Difahamkan, selepas disahkan positif COVID-19, Norazmi ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Namun arwah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh apabila tahap kesihatan ya merosot dan terpaksa dia ditiarapkan kerana kekurangan oksigen.

Allahyarham Norazmi adalah vokalis kumpulan Samudera menggantikan penyanyi asal, Sarfen Husin atau Ujang yang meninggal dunia, empat tahun lalu.

Pemergian arwah juga turut dikongsi oleh rakan-rakan artis dalam media sosial mereka.

Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Al Fatihah – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas