Berita

Video tular Myvi rempuh van, pemandu Myvi direman dua hari

- Diterbit 23 Februari 2021 6:47 AM MYT

SEORANG lelaki yang disyaki memandu Perodua Myvi secara melulu dan laju, menyebabkan seorang pemandu cedera parah di Bandar Kinrara, Puchong petang semalam, direman selama dua hari bermula hari ini hingga esok bagi membantu siasatan.

Semalam, video yang memaparkan kereta jenis Myvi dipandu laju merempuh sebuah van dan Proton Waja itu viral di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Supt Azman Shari’at berkata ujian dadah dan alkohol yang dijalankan ke atas suspek didapati negatif.

“Ujian tambahan turut dilakukan dengan mengambil sampel darah selain kenderaan terlibat akan dihantar untuk menjalani pemeriksaan pakar tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memohon saksi bebas terutama yang merakam kejadian menerusi dash-cam sebelum kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

Semalam, Azman berkata polis menahan suspek berusia 26 tahun itu kerana disyaki memandu secara melulu sehingga melanggar van yang berada di hadapan sebelum terbabas mengakibatkan pemandu van berkenaan cedera parah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas