Berita

Video tular bukan warga asing – Dr Santhara

- Diterbit 12 Ogos 2020 10:49 AM MYT

BARU-BARU ini, tular di laman sosial mengatakan peniaga warga asing meletakkan kon atau penghalang di tempat letak kereta di Pasar Selayang.

Bagaimanapun siasatan yang dilakukan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati individu yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu bukan peniaga warga tempatan.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara di laman Facebook rasminya bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

Jelas beliau, tuduhan itu bukan sahaja sangkaan jahat dan tidak benar bahkan mengundang kebencian umum kepada warga asing.

Perbuatan itu dilakukan oleh warga tempatan,” ujarnya sambil menyatakan tindakan meletakkan kon atau penghalang di tempat letak kereta adalah satu kesalahan.

Justeru tegasnya, DBKL akan mengambil tindakan mengikut iundang-undang kecil DBKL jika disabit kesalahan.

Tambah beliau, orang ramai boleh membuat aduan mengenai peniaga warga asing tanpa izin melalui aduan rasmi ke nombor hotline DBKL 1-800-88-3255. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas