Berita

Video call sebagai pengganti diri – Wany Hasrita

- Diterbit 15 Mei 2021 11:00 PM MYT

PELANTUN lagu Canggung, Wany Hasrita, 28, rasa bertuah apabila setiap tahun dapat beraya dengan ibu dan ayah.

Dalam masa yang sama, Wany memahami perasaan masyarakat apabila tidak dapat merentas daerah atau negeri

“Seperti biasa, saya beraya berdua bersama ibu di Semenyih. Cuma untuk bertemu dengan ayah di Cheras agak sukar kerana kita tidak dibenarkan berziarah dan merentas daerah.

“Tidak dinafikan ramai yang sedih apabila beraya dalam keadaan tidak boleh merentas daerah atau negeri. Walaupun boleh video call sebagai pengganti diri, namun kemeriahannya tidak sama seperti berjumpa secara dekat.

“Apa yang penting, kita kena fikir positif bahawa PKP itu adalah untuk keselamatan kita semua dalam keadaan kes COVID-19 yang tidak menentu naik turunnya,” jelas Wany.

Bagi Wany, kita harus berkorban demi kebaikan semua.

“Ini adalah antara pengorbanan kita sebagai rakyat. Kita tidak minta pandemik ini berlaku, dalam masa yang sama kita wajib jaga diri untuk mengelak jangkitan COVID-19.

“Apa-apa pun, meriah atau tidak sambutan hari raya, semuanya bergantung kepada kita. Dalam masa yang sama, jagalah SOP sepanjang tempoh perayaan ini,” ujar Wany Hasrita yang bakal muncul dengan lagu berjudul Pedas. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas