Berita

Vaksin COVID-19: “Peluang untuk hidup seperti dulu” – Zaki Yamani

- Diterbit 28 Februari 2021 10:38 PM MYT

HUKUM pengambilan vaksin COVID-19 adalah harus di sisi agama Islam, namun masih ada yang ragu-ragu tentangnya.

Penyanyi lagu Slowmo yang juga anak kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdullah iaitu Zaki Yamani menyeru agar rakyat Malaysia yakin dengan vaksin COVID-19 yang diberikan secara percuma oleh kerajaan.

“Bagi saya vaksin ini adalah sebab untuk rakyat Malaysia tidak lagi dijangkiti COVID-19. Ini adalah peluang untuk rakyat Malaysia hidup seperti dulu iaitu sebelum COVID-19 dijangkiti di Malaysia.

“Kita sendiri lihat, Perdana Menteri menjadi orang pertama menerima vaksin. Hukum vaksin dalam agama juga adalah harus.

“Jadi kita semua perlu ambil vaksin kerana virus COVID-19 ini sukar dibendung jika hanya menjaga SOP. Tidak cukup.

“Saya juga mengingatkan diri sendiri dan penyanyi lain agar menerima peluang ini secara terbuka. Mungkin kita sihat, tetapi bagaimana pula orang lain di sekeliling kita,” ujar Zaki Yamani yang semakin dikenali ramai. Semoga Zaki terus sukses ya! – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas