Berita

Vaksin Bergerak MYMedic: Hanya penduduk PPR tersenarai diberi suntikan

PENERIMA bagi Proram Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah adalah yang berdaftar dan disenaraikan MPP terlibat. Foto - NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 22 Jun 2021 8:02 AM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) menegaskan, hanya penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau perumahan awam (PA) terlibat dan tersenarai sahaja diberikan suntikan vaksin pada Program Vaksinasi Bergerak MYMedic @Wilayah yang dianjurkan.

Jelasnya, peruntukan yang disediakan itu adalah khusus untuk penduduk di PPR atau PA yang menjadi lokasi program dan mereka terlibat sudah disenaraikan oleh ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) setempat.

“Keutamaan diberikan kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di lokasi tersenarai sahaja. Mereka yang berada atau tinggal di kawasan lain adalah tidak layak untuk menyertai program berkenaan.

“Selain itu, pemberian vaksin adalah kepada mereka yang berdaftar dengan aplikasi MySejahtera dan tidak mempunyai temujanji di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, KWP memaklumkan Program Vaksinasi Bergerak MYMedic @Wilayah yang dianjurkan sehingga 23 Jun ini akan berada di enam lokasi PPR terlibat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas