Berita

Ustaz EBIT LEW Mohon Doakan Kesihatan M DAUD KILAU

|USTAZ Ebit Lew sempat menyuapkan makanan until M Daud Kilau|KUNJUNGAN Ustaz Ebit Lew membuat M Daud rasa terhibur.
- Diterbit 4 Oktober 2020 11:10 AM MYT

PENYANYI yang diberi jolokan Raja Gelek Malaysia Datuk M Daud Kilau, 82, semakin uzur disebabkan beberapa penyakit kronik sejak empat tahun lalu.

Pemilik nama sebenar Muhammad Daud Kilau menghidap kencing manis, jantung, kurang pendengaran, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta sakit pinggang.

Selebriti agama, Ustaz Ebit Lew antara insan yang bersimpati dengan nasib yang menimpa penyanyi yang popular dengan lagu Cek Mek Molek dan Laksamana Raja Di Laut itu. 

Semalam, Ustaz Ebit Lew menziarahi  Datuk M. Daud Kilau di rumahnya di Kampung Sungai Balai Baruh, Bagan Datuk, Perak. 

USTAZ Ebit Lew sempat menyuapkan makanan until M Daud Kilau

“Sebak sayu hati rasa baru ziarah Datuk M Daud Kilau dan Datin di Bagan Datuk. Walau uzur beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu. Sedap laksa. 

“Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz,” kata Ustaz Ebit Lew menerusi laman Facebook miliknya. 

Ustaz Ebit Lew sempat memberi hadiah dan terharu apabila M Daud sanggup menyanyi untuknya walaupun dalam keadaan sakit. 

“Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kasih. Tak nak ustaz susahkan ustaz. Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. 

“Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan, umur panjang, memberi manfaat untuk ummah dan ibadah.

“Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara,” jelasnya lagi.

KUNJUNGAN Ustaz Ebit Lew membuat M Daud rasa terhibur.

Sejak sakit, M Daud tidak mampu memenuhi undangan nyanyian.

M Daud yang kini tinggal bersama isteri, Datin Rohani Awang Ngah, 63, dan anak lelakinya turut menerima bantuan kerajaan negeri.

Sama-sama kita doakan agar M Daud cepat-cepat sembuh dan segaka urusannya dipermudahkan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas