Selebriti

Usop kini tunang Teha, rancang nikah Februari tahun depan

|
- Diterbit 4 November 2021 8:17 AM MYT

NAIB Juara Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim B. Mohd Noor,24 hari ini telah selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan, Nur Fatihah Md Hashim,25 yang berasal dari Sungai Dua,Pulau Pinang.

Majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup di Dewan Desa Murni, Taman Desa Murni Sungai Dua, Pulau Pinang telah dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu yang ditetapkan kerajaan.

Dalam majlis pertunangan ini meyaksikan hantaran 7 Dulang dari pihak perempuan dan berbalas 5 dulang dari pihak lelaki.

Majlis pertunangan telah disempurnakan mengikut adat Melayu oleh kedua -dua belah pihak dengan menyaksikan Muhd Firdaus mewakili pihak perempuan manakala Mohd Noor sebagai wakil dari pihak lelaki.

Menurut Usop, setelah dua tahun saling mengenali, mereka mengikat tali pertunangan selama dua bulan dan merancang untuk bernikah pada Februari tahun depan.

“Memang perancangan mahu bernikah pada Februari tahun depan, tapi bagi saya lagi cepat lagi bagus. Perkara baik elok dipercepatkan.

“Iyalah, semua pun tahu bagaimana dugaan bertunang. Jadi kami kena sama-sama kuat. Kalau ada masalah kena duduk bincang sama-sama.

“Apa-apa pun, insya Allah saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami,” katanya.

Pelantun lagu Selamanya dan Aku Yang Bersalah ini juga berharap agar peminat serta mereka yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagian dirinya dan Teha selain dipermudahkan segala urusan sehingga majlis pernikahan kelak.

” Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis pertunangan ini,” tambahnya lagi yang mengaku Teha memenuhi ciri-ciri wanita idamannya iaitu baik hati, tinggi dan berkulit cerah.

Manakala Nur Fatihah atau lebih mesra dipanggil Teha juga sudah bersedia berdepan dengan dugaan sebagai isteri kepada artis popular.

“Sebelum ini pun ada saja macam-macam komen (mengenai Usop) dalam media sosial. Mahu atau tak, saya kena terima.

“Apa yang penting adalah kami perlu saling memahami antara satu sama lain. Bagi saya itu paling penting,” ujarnya yang jatuh cinta dengan ketulusan serta keikhlasan Usop untuk memperisterikannya.

Sebagai info, Teha berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran dan perniagaan di sebuah syarikat di Pulau Pinang. – WILAYAHKU

Foto: @alenphotography786 / @kakiklikphotography

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas