Berita

Uncle Leong dapat rumah PPR Salak Selatan

ANNUAR (kanan) menyerahkan kunci rumah kepada Leong dalam satu majlis ringkas hari ini.
- Diterbit 4 Mac 2021 8:45 AM MYT

EPISOD sedih seorang lelaki warga emas, Leong Choong Keong, 64, yang menghuni sebuah pondok dikelilingi semak di Kampung Baru Salak Selatan, di sini sejak tiga tahun lalu berakhir apabila ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan hari ini

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, berita mengenai kedaifan warga emas tersebut dimaklumkan kepadanya oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

“Saya dan Uncle Kentang telah menziarahi Leong di rumah pondoknya pada Khamis lepas dan dalam lawatan itu, saya berjanji untuk mendapatkannya tempat tinggal yang lebih baik.

“Hari ini kita dapat menyediakan satu unit rumah tiga bilik yang serba lengkap (fully furnishe) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan bagi memastikan kehidupannya lebih selesa dan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat tawaran dan kunci kediaman kepada Leong di PPR Salak Selatan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) Datuk Seri Rosida Jaafar, Pengarah Eksekutif DBKL, Anwar Mohd Zain dan Kwtua Pegawai Ekeskutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Datuk Zaizalnizam Zainun.

Annuar berkata, apa yang lebih menggembirakan, apabila pihaknya dapat menjejaki dan mengumpulkan dua adik-beradiknya yang lain di dalam satu rumah yang sama.

“Saya difahamkan dua adik-beradiknya itu juga susah dan merupakan golongan asnaf selain menghidap penyakit buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis,” katanya.

Malah, bagi mengurangkan beban, Annuar secara peribadinya akan menanggung bayaran deposit serta bulanan rumah tersebut. – AZLAN – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas