Berita

Ubah suai tanpa notis, penduduk Taman Sri Rampai terganggu

UBAH suai rumah perlukan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan. UBAH suai rumah perlukan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.
- Diterbit 13 Jun 2020 6:25 AM MYT

BUKAN hanya melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh pelaksanaan, malah tindakan seorang penduduk di Jalan 85/26, Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur mengubah suai rumahnya turut mengganggu ketenteraman penduduk sekitar.

Menurut pengadu yang dikenali sebagai Roslan, pengubahsuaian rumah yang dilakukan sejak Mac lalu masih berlarutan sehingga kini dan dilakukan tanpa mengira waktu.

“Semasa tempoh PKP, pengubahsuaian tetap dilakukan walaupun tindakan tersebut tidak dibenarkan kerajaan.

“Paling mengganggukan adalah kerja-kerja mengubahsuai seperti mengetuk dilakukan awal pagi.

“Pekerja buruh dari Indonesia juga mungkin tidak mempunyai permit malah tiada notis kebenaran pengubahsuaian dipaparkan,” katanya kepada Wilayahku.

Dalam pada itu, Roslan juga memaklumkan beberapa teguran telah dibuat kerana pengubahsuaian yang dilakukan mengganggunya dan penduduk sekitar, namun diabaikan.

Menurutnya, aduan tersebut turut dimaklumkan menerusi Talian Pertanyaan dan Aduan Kepada Menteri Wilayah Persekutuan (PERTIWI).

Sementara itu, PERTIWI ketika dihubungi memaklumkan aduan tersebut telah dipanjangkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas