Berita

Tunisia umum senarai kabinet baru

- Diterbit 25 Ogos 2020 5:50 AM MYT

PERDANA Menteri Tunisia Hichem Mechichi membentuk kerajaan baharu pada Selasa dengan dibarisi 25 menteri dan tiga pegawai negeri, lapor Agensi Anadolu.

Bercakap pada sidang media, Mechichi menyerahkan senarai nama yang akan diluluskan kabinet itu kepada Presiden Kais Saied di Istana Carthage.

Pada 26 Julai, Saied menugaskan Mechichi, yang ketika itu menjadi  Menteri Dalam Negeri untuk membentuk pemerintahan baharu.

Mechichi, yang tidak bergabung dengan mana-mana parti politik, tidak dicalonkan untuk jawatan perdana menteri.

Tetapi Saied melantiknya sebagai perdana menteri pada bulan lalu berikutan peletakan jawatan Elyes Fakhfakh atas tuduhan konflik kepentingan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas