Berita

Tun Salleh Abas positif COVID-19

KUALA LUMPUR, 19 Ogos -- Tun Dr Mohamed Salleh Abas Salah, seorang daripada tokoh yang membantu mendraf Rukun Negara pada tahun 1970.
- Diterbit 14 Januari 2021 3:07 PM MYT

BEKAS Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas disahkan positif COVID-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad Abdul Aziz Peru Mohamed berkata Mohamed Salleh yang juga Pengerusi syarikat amanah tersebut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan berada dalam keadaan stabil.

“Bagaimanapun, pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga atas faktor umur Tun. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan yang terbaik buat Pengerusi kita yang disayangi.

“Semoga Allah memberikan kesembuhan dan mempermudahkan segala urusan beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus mengesahkan bahawa Mohamed Salleh sedang dirawat di HSNZ.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan butiran lanjut mengenainya. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas