Berita

Tun Salleh Abas meninggal dunia

ALLAHYARHAM Tun Mohamed Salleh Abas
- Diterbit 16 Januari 2021 12:08 AM MYT

BEKAS Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia di percayai akibat COVID-19.

Allahyarham sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu setelah didapati positif COVID-19 telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3:20 pagi tadi.

Allahyarham sebelum ini terlibat secara langsung dengan krisis perlembagaan pada tahun 1988 yang menyaksikan beliau disingkirkan daripada jawatan Ketua Hakim Negara bersama dengan beberapa hakim kanan negara.

Allahyarham juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih dan pernah di lantik sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 setelah Pas memenangi negeri itu pilihanraya ke 10 yang lalu. – AZLAN ZAMBRY – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas