Berita

‘Tun Mahathir terus pulang, tidak keluar ke mana-mana’ – Setiausaha Politik

DR. MAHATHIR ketika tiba bagi menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya semalam. Turut kelihatan Abu Bakar (dua dari kiri). Gambar Facebook Abu Bakar Yahya Aby
- Diterbit 24 Februari 2020 4:26 AM MYT

PUTRAJAYA – Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya mengesahkan bahawa Tun. Dr. Mahathir Mohamad tidak menyertai mana-mana pertemuan malam tadi yang dikaitkan dengan ura-ura untuk menukar komposisi gabungan kerajaan.

Sebaliknya beliau berkata, Dr. Mahathir terus pulang ke kediamannya selepas menghadiri mesyurat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Petaling Jaya, Selangor semalam.

“Selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus pulang ke rumah dan tidak keluar ke mana-mana.  Diharap kepada semua pihak tidak membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap Perdana Menteri kita. Tolong kongsikan,” kata beliau dalam laman Facebooknya hari ini. – WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas