Berita

Tun M ucap tahniah, selamat maju jaya kepada PM Anwar

ALOR SETAR, 19 Nov -- Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan tanggungjawab dengan mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Titi Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.
- Diterbit 25 November 2022 5:06 AM MYT

PENGERUSI Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ucapan tahniah bekas perdana menteri itu disampaikan menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

“Saya ucap tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Selamat maju jaya,” kata Dr Mahathir dalam hantaran itu.

Anwar, 75, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, semalam. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas