Selebriti

Tulang mata patah,bengkak… Fasha Sandha dirawat di hospital

|FASHA Sandha (kiri) bersama Azahan Rank dan Along Kamaruddin di set penggambaran
- Diterbit 2 Mac 2023 2:56 AM MYT

PELAKON Fasha Sandha dikejarkan ke hospital pakar di Johor Bahru, apabila mengalami kecederaan pada bahagian mata kiri ketika menjalani penggambaran drama Anak Tuan, semalam.

Difahamkan juga kecederaan yang dialami Fasha agak serius kerana melibatkan bahagian kepala dan mata.

FASHA Sandha (kiri) bersama Azahan Rank dan Along Kamaruddin di set penggambaran, sebelum Fasha mengalami kecederaan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha memuat naik sebuah video yang memaparkan babak yang dilakonkan sebelum mengalami kemalangan.

“Dari semalam telefon kakak tidak berhenti berdering. Disini saya ingin membuat sedikit update tentang kakak. Maaf kakak sedang rehat secukupnya.

“Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran Anak Tuan TV3 pada 1 mac (pagi semalam).

“Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di Hospital pakar di Johor Bahru. Insya-Allah akan berpindah ke pakar di Kuala Lumpur petang ni atau esok pagi,” kongsi Fasha di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Fasha turut memberitahu pihak produksi telah memohon maaf kepadanya.

“Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak.
“Seperti yang ramai tahu kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Saya yakin kakak kuat.

“Pihak produksi telah memohon maaf pada kakak dan keluarganya. Kata kakak, Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan in terjadi di luar jangkaan kita,” tulisnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas