Atlet Wilayah

SUKMA 2024: Nurqayyum bolot dua emas acara terjun

ATLET Wilayah Persekutuan, Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim berjaya mendominasi acara terjun di hari ketiga acara tersebut berlangsung dengan mengutip dua daripada tiga emas yang dipertandingkan semalam. Nurqayyum yang juga merupakan atlet pelapis kebangsaan itu mengungguli acara 1 meter (m) papan anjal individu dan 3m papan anjal seirama Sukan Malaysia (SUKMA)

Berita

SUKMA 2024: Perlawanan silat terhenti kerana balingan botol

ACARA silat Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang sedang rancak diadakan terhenti seketika akibat balingan botol ke kawasan gelanggang. Kekecohan tersebut berlaku ketika pertempuran di antara wakil tuan rumah, Iman Syakilla Mahdi dan peserta Wilayah Persekutuan, Nurin Alyaa Damia Mohd Masran bagi acara suku akhir kategori Bawah 45 kilogram (kg).

Atlet Wilayah

SUKMA 2024: Hui Ying raih emas dalam hujan lebat

MESKIPUN hujan lebat melanda Bumi Kenyalang pagi tadi namun ia tidak mematahkan semangat Kok Hui Ying dalam menambah koleksi pingat emas buat kontinjennya. Atlet Wilayah Persekutuan itu berjaya menamatkan larian lumba jalan kaki 10 kilometer (km) wanita dengan catatan masa 57 minit 41 saat. Hui Ying, 19, berkata hujan lebat

SUKMA 2024: Bryan pecah rekod dua kali

PERENANG Wilayah Persekutuan, Bryan Leong Xin Ren berjaya memecahkan rekod temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 sebanyak dua kali. Bryan yang juga perenang kebangsaan mencipta rekod baharu SUKMA bagi acara 50 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki dengan catatan masa 24.81 saat (s) pada peringkat saringan yang mana sebelum ini dipegang

Berita

Insyad pertahan emas dua edisi berturut-turut

ATLET muay thai, Insyad Rumijam sekali lagi berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Wilayah Persekutuan pada penampilan keduanya di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024. Dalam pertarungan tiga pusingan tersebut, Insyad menewaskan lawannya dari Pulau Pinang, Mohamad Shahdam Abdul Aziz dengan kutipan mata 18-14. Berkongsi keterujaannya, Insyad berkata dia tidak

Berita

SUKMA 2024: Kem badminton raih perak

KEM badminton Wilayah Persekutuan meraih pingat Perak bagi acara berpasukan campuran setelah tewas di tangan Selangor hari ini. Selangor mendahului permainan menerusi perseorangan wanita yang juga perseorangan wanita kebangsaan, K Letshanaa apabila menewaskan Lee Kay Xin 21-8, 21-6. Wilayah Persekutuan berjaya menyamakan kedudukan menerusi bintang muda perseorangan lelaki negara, Justin