Berita

Top Glove wajar terima padah, hukuman setimpal dari AS!

- Diterbit 31 Mac 2021 5:25 AM MYT

SEJURUS dengan sekatan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan
(CBP) Amerika Syarikat terhadap syarikat tempatan Top Glove, dilihat tiada perlunya Kementerian
Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) untuk berunding dengan AS lagi, sebaliknya menerima
kenyataan dan fakta bahawa AS mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa Top Glove
berkenaan dengan amalan buruh paksa di kilang, sekaligus menerima padahnya terhadap syarikat
tersebut.
Sudah lama diketahui bahawa Top Glove mengeksploitasi pekerja asing dan juga melibatkan
beberapa buruh tempatan dalam menjual barang yang murah dan tidak beretika kepada pengguna-
pengguna tempatan, apatah lagi untuk pengguna di luar negara, terutamanya di AS. Namun, syarikat
tersebut masih dilihat tidak diambil sebarang tindakan yang berat, seperti mana yang dikatakan oleh
Menteri Sumber Manusia, Datuk M. Saravanan pada hujung tahun yang lepas.
Fakta ini ditambah dengan paksaan buruh untuk datang ke tempat kerja walaupun keadaan negara
berikutan Pandemik COVID-19 yang tidak menentu, di mana kes COVID-19 meningkat secara
mendadak, terutama di daerah Klang akibat pengingkaran Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh
syarikat Top Glove tersebut yang menyebabkan berlakunya kluster warga asing, sekaligus
menambahburukkan lagi kes COVID-19 di negeri Selangor.
Walau bagaimanapun, syarikat tersebut sering menafikan perkara tersebut, sebaliknya sering
menyatakan bahawa Top Glove mengutamakan keprihatinan dan memahami semua pihak
berkepentingan syarikat itu, termasuklah buruhnya sendiri. Tetapi, syarikat tersebut masih bersikap
tidak bertanggungjawab dan mengamalkan profesionalisme dalam melakukan tindakan pembetulan
dan pembaikan amalan, serta meningkatkan langkah-langkah kawalan dalaman membabitkan
pengurusan tenaga kerja syarikat terbesar itu.
Tambahan pula, ini dilihat seperti MITI “menyebelahi” syarikat Top Glove yang sememangya tamak
dalam mengaut keuntungan besar ketika Pandemik COVID-19 dengan alasan yang “murah” bahawa
syarikat bertaraf antarabangsa itu telah menyalur bantuan besar ketika dunia berperang dengan

pandemik COVID-19. Sebaliknya, tiada keperluan untuk berunding dengan pihak AS dalam
penyekatan negara itu terhadap eksport produk Top Glove.
Dalam isu ini, MITI selaku bahagian Kementerian yang bertanggunjawab dalam perihal syarikat-
syarikat di MALAYSIA tidak mengendahkan sikap SYARIKAT Top Glove dalam mengendalikan
pengurusan tenaga kerja syarikatnya sendiri dengan buruk, sebaliknya dilihat menyebelahi syarikat
seperti anjing berebut tulang tersebut.
Sudah dilaporkan bahawa syarikat Top Glove terlibat dalam eksploitasi buruh paksa dalam proses
pengeluaran produk mereka, terutamanya ketika permintaan produknya melonjak naik secara
mendadak ketika Pandemik COVID-19 yang bermula sejak tahun yang lalu. Ini dibuktikan melalui
ikatan hutang buruh, kerja lebih masa keterlaluan, keadaan tempat kerja dan tempat tinggal yang
teruk serta penahanan dokumen pengenalan diri. Apatah lagi, pemecatan seorang pekerja warga
Nepal bernama Yubaraj Khadka, berumur 27 berikutan perkongsian gambar menunjukkan ketiadaan
pelaksanaan penjarakan fizikal di kalangan pekerja di kilang tersebut dan menjadi “Whistleblower”
dalam melaporkan situasi syarikat yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Isu sebegini sememangnya mencalarkan imej negara Malaysia selaku negara yang berkompetitif
dalam ekonomi Asia. Malangya, MITI, bersama dengan Kementerian Sumber Manusia sememangnya
melihat dan mengambil perkara ini dengan sewenang-wenangya, tanpa melihat perkara ini mampu
memburukkan lagi keadaan pada masa yang tidak menentu.
Selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seharusnya
mengambil tindakan setimpal dalam mengendalikan isu syarikat tamak ini, bukannya berunding
dengan pihak AS dalam menarik balik sekatan terhadap produk syarikat Top Glove yang dilihat
seperti “mengemis” dengan kuasa besar itu. Manakala, Datuk M.Saravanan selaku Menteri Sumber
Manusia pula memang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat tersebut, sebaliknya
duduk di kerusi Kabinet dan makan gaji buta tanpa mengendahkan perihal isu serta mengambil
langkah setimpal dalam usaha menangani isu-isu berkaitan dengan kebajikan pekerja syarikat di
negara ini.
Berkemungkinan besar, Malaysia bakal bersedia sekiranya isu sebegini berlarutan, sehingga syarikat-
syarikat MNC dalam negara kita mula keluar dari pasaran dan ekonomi Malaysia hanya disebabkan
oleh sikap menteri-menteri sebegini yang leka dalam melaksanakan tugas mereka selaku pemimpin
di Malaysia. Bukannya dikatakan mendesak untuk meletak jawatan, cuma ingin melihat mereka
menjalankan tugas mereka selaku Menteri Kabinet masing-masing dalam melindungi kebajikan
rakyat tanah air.

PRATAP RAVICHANDRAN
PENGARAH PERDAGANGAN ANTARABANGSA & INDUSTRI
KELAB GEMILANG

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas