Selebriti

Tonton Filem Wangi Menerusi ewayang.com

DjPool Soul Masters
- Diterbit 26 Jun 2020 3:31 AM MYT

ANDA ketinggalan menonton filem Wangi lakonan Erra Fazira, Nabila Huda dan Sharnaaz? Jangan risau, ewayang.com kan ada. Anda boleh menonton Wangi secara atas talian (online). 

Selepas filem TyIcKooUnS arahan Izan Hailmey Mokhtar menjadi karya pertama ditayangkan pada 22 Mei, kini giliran filem Wangi dan Geran pula bakal ditayangkan melalui ewayang.com. 

Hari ini (26 Jun 2020), istimewa untuk anda filem Wangi terbitan syarikat Resilience Studio Sdn Bhd yang menampilkan genre psiko thriller jenayah seram gandingan mantap lakonan Erra Fazira, Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda dan Syazwan Zulkifli ditayangkan. 

JOM tonton Filem Wangi secara online melalui platform ewayang. Caranya dengan layari ewayang.com.

Wangi pernah menemui peminat di pawagam pada 5 September 2019 dan kini memilih platform ewayang.com sebagai langkah untuk memperluaskan lagi tayangan ke serata dunia.

Ini kerana ewayang.com dapat ditonton walau dimana sahaja kita berada sekaligus sedikit sebanyak dapat mengangkat jenama filem tempatan ke seluruh pelusuk dunia.

 Ini dibuktikan menerusi filem TyIcKooUnSyang turut mendapat tontonan dari negara  Singapura, Jepun, Amerika Syarikat, Indonesia dan beberapa negara lain hasil perkongsian tontonan dari penonton.

Manakala, filem Geran terbitan Layar Picture Sdn Bhd pula yang mengangkat seni silat Melayu bakal menyusul untuk dipertontonkan di platform ini.

Sahut Seruan Kerajaan Dan Peluang Menang 250 Ribu

Kemunculan platform talian ewayang.com yang dibangunkan sebagai alternatif bagi menayangkan filem semasa berlakunya pandemik Covid-19,  disambut baik oleh penerbit-penerbit filem tempatan.

Pengurus Projek ewayang.com, DjPool Soul Masters berkata, platform ini dibangunkan bermatlamat membantu semua pengkarya-pengkarya melangkah dengan lebih jauh lagi dalam memartabatkan perfileman Malaysia ke serata dunia.

Pengurus Projek ewayang.com, DjPool Soul Masters

“Ia juga bagi menyahut seruan kerajaan dalam menjalani kehidupan dan norma baharu disebabkan pandemik Covid-19. Melalui tontonan terus,  ewayang.com membawakan pawagam terus mendekati peminat tak kira di mana berada.

“Sudah semestinya fenomena baharu tercetus apabila semua filem tempatan yang ditayangkan menerusi ewayang.com bakal ditonton oleh penonton di pelbagai negara. 

“Paling utama, tontonan cara ini sekaligus sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk mengurangkan lagi dari terdedah kepada jangkitan Covid-19,” katanya.

Menurutnya, pengasas ewayang.com mengharapkan platform ini dapat membantu pengkarya-pengkarya untuk terus berkarya dalam memartabatkan industri perfileman ke peringkat global. 

 “ewayang.com membawa demokrasi dalam dunia perfileman tanpa prejudis. Peluang dibuka kepada semua penerbit dan pengarah filem serta drama dalam menjayakan ewayang.com dengan menayangkan karya-karya mereka di platform ini. 

  “ewayang.com juga berharap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyokong platform ini kerana sedikit sebanyak dapat membantu usaha mereka untuk menembusi Oscar memandangkan filem tempatan ditayangkan di sini boleh ditonton diseluruh pelusuk dunia,” katanya.

Penonton yang melanggan filem Wangi dengan Hanya RM15 akan berpeluang memenangi hadiah yang keseluruhannya berjumpah RM 250 ribu.

Mereka yang berminat menjalinkan kerjasama dengan ewayang.com, boleh terus menghantar emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas