Berita

TNB teruskan bacaan meter, operasi KT berubah

- Diterbit 3 Jun 2021 5:17 AM MYT

BERIKUTAN penutupan penuh ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bermula Selasa sehingga 14 Jun depan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan beberapa penyesuaian operasi perkhidmatan disediakannya.

TNB menerusi kenyataan media memaklumkan, bacaan meter elektrik diteruskan seperti biasa, namun waktu pengoperasian Kedai Tenaga (KT) serta perkhidmatan TNB CareLine ada perubahan
selari pengumuman kerajaan menguatkuasakan sekatan penuh pergerakan.

Katanya fasa pertama total lockdown selama 2 minggu tetapkan perkhidmatan penting sahaja dibenar beroperasi. Justeru, sepanjang tempoh itu, pembacaan meter TNB dan operasi KT akan diteruskan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada kira-kira 9.5 juta pelanggan.

“Bacaan meter dan penyerahan bil fizikal berjalan seperti biasa bagi memastikan pengguna terima bil sebenar, bukan bil anggaran. Urusan bacaan meter ini seperti lazimnya akan mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Waktu operasi KT disingkatkan tiga jam, mulai 9 pagi hingga 1 petang sahaja berbanding sebelum ini 9 pagi sehingga 4 petang. Namun begitu masa operasi kios layan diri pula kekal mulai 8.15 pagi hingga 8 malam,” kata kenyataan itu, pada Isnin.

Sementara itu, kenyataan sama juga menjelaskan walaupun KT masih dibuka sepanjang tempoh itu pelanggan amat digalak mengguna kemudahan transaksi dalam talian disediakan bagi sebarang urusan termasuk semakan dan bayaran bil.

Perkhidmatan itu boleh diakses menerusi portal www.mytnb.com.my dan aplikasi myTNB supaya mengurangkan keperluan transaksi bersemuka.

Dalam pada itiu, berikutan masa operasi KT lebih pendek, talian khidmat pelanggan TNB CareLine pula, dilanjutkan dua jam setiap hari mulai 8 pagi hingga 7 petang berbanding dulunya, 5 petang.

Pelanjutan tempoh operasi ini untuk talian TNB Careline 1-300-88-5454 selain perkhidmatan emel
[email protected] khususnya pertanyaan berkaitan akaun dan maklumat bil.

“Untuk gangguan bekalan elektrik pula, pengguna diminta hubungi TNB CareLine di 15454 ataupun Facebook TNB CareLine yang beroperasi 24 jam.

“TNB memohon maaf di atas sebarang kesulitan berikutan penguatkuasaan waktu operasi baharu KT ketika ini. Inisiatif ini perlu dilaksanakan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, selain mengutamakan aspek penjagaan kesihatan serta keselamatan pelanggan dan pekerja,” ujarnya. -WILAYAHKU -SYAHIDI BAKAR

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas