Berita

Tingkat usaha pulihara alam sekitar

AMIR (dua dari kanan) memotong riben ketika merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2019 peringkat Labuan baru-baru ini.
- Diterbit 26 Oktober 2019 2:15 PM MYT

Oleh AZLAN ZAMBRY
[email protected]

LABUAN – Inisiatif yang diperkenalkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menyemai rasa cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar perlu disambut baik oleh semua lapisan masyarakat.

Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussin berkata, melalui Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) Wilayah Persekutuan Labuan, ia memberi peng iktirafan kepada pihak sekolah yang menunjukkan kecemerlangan dalam melaksanakan inisiatif kesedaran alam sekitar.

“Melalui pembabitan pihak sekolah, ia diharap dapat membimbing pelajar-pelajar untuk menghargai alam sekitar.

“Inisiatif ini pasti dapat meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan pelajar untuk lebih bertanggungjawab menjaga alam sekitar” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2019 dan Pelancaran SERASI Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.

Amir berkata, semua pihak perlu berganding bahu dalam memulihara alam sekitar di Labuan kerana ia memiliki supaya khazanah alam yang berkualiti.

“Labuan kaya dengan khazanah alam semula jadi dan dengan apa yang dimiliki kini ia boleh menarik kedatangan pelancong selaras dengan hasrat Perbadanan Labuan untuk menjadikan Labuan sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia.

“Pulau ini juga memiliki alam sekitar yang bersih, sihat dan berkualiti, ia penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

“Kita harus sedar ter hadap kepentingan khazanah alam sekitar kerana Malaysia merupakan antara nega ra yang mempunyai kepelbagaian biodiversiti yang tinggi di dunia,’’ katanya.

Amir turut mengingatkan bahawa menjaga alam sekitar menjadi tugas setiap anggota masyarakat agar ia diwarisi dengan baik.

“Seandainya kita gagal memelihara alam sekitar dengan sewajarnya, ia boleh mengundang kepada kemerosotan kualiti alam sekitar yang akhirnya menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat.

“Masalah seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembakaran terbuka, pembuangan sisa pepejal dan toksik, penebangan hutan yang tidak ter kawal atau secara haram dan sebagainya serta fenomena perubahan iklim boleh menyebabkan ketidakseimbangan kepada alam sekitar dan ekosistem.

“Gangguan kepada ekosistem boleh mengakibatkan berlakunya pelbagai jenis bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kemarau dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Labuan pada tahun ini telah dimeriahkan dengan pelbagai acara bermula dengan Seminar Pengurusan Buangan yang diadakan pada 9 Oktober lalu dengan dihadiri seramai 100 orang peserta.

Tiga acara utama telah diadakan pada 12 Oktober lepas iaitu Buruan Alam melibatkan pertandingan mencari harta karun, acara mewarna bersama keluarga dan pertunjukkan fesyen daripada bahan kitar semula.

Turut diadakan pelancaran Program Sekolah Lestari di Sekolah Kebangsaan Layang-Layangan, acara Enviro Run yang melibatkan penyertaan lebih 200 orang peserta dan Pertandingan Fotografi–Ekspresi Alamku.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas