Berita

Tingkat nilai murni dalam komuniti

AMINUDDIN (depan, tengah) bergambar bersama wakil MPP Putrajaya selepas merasmikan Karnival Blueprint Masyarakat Sejahtera Putrajaya 2018-2022 baru-baru ini.
AMINUDDIN (depan, tengah) bergambar bersama wakil MPP Putrajaya selepas merasmikan Karnival Blueprint Masyarakat Sejahtera Putrajaya 2018-2022 baru-baru ini.
- Diterbit 17 Ogos 2019 5:48 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]            

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) mempromosikan program-program di bawah Blueprint Masyarakat Sejahtera Putrajaya 2018-2022 melalui penganjuran satu karnival di Dewan Sri Siantan, Kompleks PPj baru-baru ini bagi meningkatkan kesedaran serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti.

Presidennya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, pelbagai program turut diadakan sempena penganjuran karnival tersebut.

“Antara pengisian karnival berkenaan adalah forum, ceramah kemasyarakatan, program inovasi, pameran serta jualan kraftangan komuniti Putrajaya.

“Sambutannya juga amat menggalakkan kerana orang ramai khususnya warga Putrajaya dapat mengetahui perancangan serta pembangunan yang direncanakan untuk mereka,” katanya selepas merasmikan Karnival Blueprint Masyarakat Sejahtera Putrajaya baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jalinan Industri dan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Imran Ho Abdullah; Naib Presiden Kanan PPj, Datuk Omairi Hashim; Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj, Datuk Azizi Ahmad Termizi dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail.

Terdahulu majlis itu turut menyaksikan pelancaran Program Kraf Komuniti Ku Putrajaya dan penyampaian sijil penyertaan kepada 46 peserta yang berjaya melengkapkan latihan di Bengkel Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf yang diadakan April lalu.

Dalam pada itu, kempen #putrajayakamipunya turut dilancarkan bagi menyemarakkan semangat cinta kepada Putrajaya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas