Berita

Tiga Selebriti Dicekup SPRM

- Diterbit 1 Oktober 2020 10:19 AM MYT

KECOH di media sosial apabila tiga orang selebriti yang salah satunya adalah pasangan suami isteri dicekup petang ini oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disabitkan dengan kes rasuah.

Menerusi ciapan di Twitter @buletinTV3, Ketua Pesuruhjaya SPRM,  mengesahkan telah menangkap pasangan selebriti yang dipercayai terbabit dengan rasuah. 

Rumah tangga pasangan ini pernah Bergolak kerana orang ketiga ketika isterinya masih dalam pantang selepas melahirkan anak.

Seorang lagi yang dicekup adalah pelakon yang sinonim dengan imej seksi.

Setakat ini SPRM belum mendedahkan butiran siapa selebriti yang terlibat dan semuanya masih dalam proses soal siasat. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas