Berita

Tiga premis ditutup serta merta

PENGUATKUASA DBKL menampal notis pada premis terlibat.
- Diterbit 24 Februari 2021 7:15 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup serta-merta tiga premis perniagaan yang dikendalikan warga asing di sekitar Jalan 3/27A, Seksyen 1, Wangsa Maju.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan DBKL, tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh lapan anggota pada 23 Februari 2021 itu melibatkan tiga buah kedai iaitu Kedai Gunting Usman, Adam Rayyan Tomyam dan Ayu Tomyam.

“Tindakan pertama adalah terhadap Kedai Gunting Usman yang beroperasi tanpa lesen oleh warga Indonesia (Melarikan diri).

“Tindakan kedua terhadap kedai makan (Adam Rayyan Tomyam) juga beroperasi tanpa lesen kendalian warga Indonesia,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu lagi, tindakan ketiga terhadap kedai makan (Ayu Tomyam) mempunyai lesen namun dikendalikan oleh dua orang warga Indonesia.

“Ketiga-tiga premis telah ditutup serta merta di bawah Akta 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976,” ujar kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, tindakan seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa. Maklumat orang awam adalah amat dihargai dan boleh disalurkan menerusi talian Pusat Panggilan Setempat DBKL – 1 800 88 3255. – AINI MAWAWI – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas