
Tiga letupan gegar bandar pelabuhan bata di Equatorial Guinea
BEBERAPA letupan kuat menggegarkan bandar pelabuhan Bata di Equatorial Guinea, lapor Agensi Berita Sputnik menurut laporan media.
Menurut berita AhoraEg, berlaku tiga letupan berturut-turut di bandar ini, kejadian pertama menyebabkan kerosakan pada bangunan. Laporan itu turut menyiarkan gambar menunjukkan beberapa buah rumah musnah dan kepulan asap.
Kementerian Kesihatan mengesahkan letupan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 17 nyawa dan mencederakan lebih 400 yang lain.
Mangsa dikejarkan ke tiga hospital berlainan dan punca letupan tidak dinyatakan. – BERNAMA